assalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh~ **jwb10!**
hehe, in sense early in the morning. ** early kah??
wana share something, may it wil useful for those who read it. ;)
have a book, AYYUHAL WALAD (wahai anak yang tercinta), nasihat2 dari Imam Al Ghazali r.a.
been reading it quite many times, now wana share 1 of it wit u guys. ;)
his last advise was to leave 4things and to do 4things,here some of it~
LEAVE 1>> bahawa seboleh-bolehnya jangan engkau bertengkar dengan seseorang pada apa jua masalah kerana pertengkaran itu mengandungi bermacam-macam penyakit. dosanya lebih besar dari faedahnya. ia punca segala perangai jahat seperti RIAK, HASAD, TAKBUR, DENGKI, PERMUSUHAN dan MERASA BANGGA dengan KEMAMPUAN DIRINYA. jika kau pada hari terheret dalam pertengkaran dan niat hatmu untuk menzahirkan kebenaran, maka di sana ada 2 tanda:
i- bahawa engkau tidak membezakan sama ada kebenaran itu nanti tersingkap melalui lidahmu atau lidah orang lain daripadamu.
ii- bahawa perbahasan itu lebih di sukai seandanya di laksanakan di tempat tertutup daripada tempat yang di hadiri orang ramai.
ketahuilah bahawa menimbulkan suatu KEMUSYKILAN pada suatu masalah itu sama halnya dengan menunjukkan penyakit hati kepada seorang doktor. dan jawapan yang di berikan kepada kemusykilan itu sama pula halnya dengan usaha yang d buat untuk menyembuhkan penyakit hati itu..........
Dan ketahuilah bahawasanya orang yang JAHIL itu adalah orang yang sakit hatinya dan para ulama dan doktor yang pandai mngubatinya. kemudian ketahuilah pula bahawasanya penyakit jahil (bodoh) itu terbahagi kepada 4. hanya 1 boleh di ubati.
3 KEJAHILAN yang tidak terubati dan 1 KEJAHILAN yang mampu di ubati:
i- orang jahil yang bertanya dan menimbulkan masalah kerana di dorong oleh sifat hasad ataupun marah.
>> firman ALLAH; "maka berpalinglah engkau daripada mereka yang telah memalingkan mukanya dari mengingati kami, dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali kesenangan hidup dalam dunia ini".<<
ii- bahawa kejahilan itu berasal dari kedunguannya (AL HAMAQAH), contoh pertanyaan orang yang dungu ni seperti orang yang baru menuntut ilmu. Ia baru sedikit saja belajar ilmu akal dan ilmu syarak, lalu ia bertanya dan mengi'tiradh terhadap seoran alim yang dalam ilmunya.
>> Nabi Isa a.s; "Aku tidak lemah daripada menghidupkan orang yang telah mati, tapi aku tidak akan berjaya mengubati orang yang dungu".<<
iii- bahawa orang yang bertanya itu memang mengkehendaki petunjuk dan hidayah. tetapi yang di tanyakannya ialah perkatan ulama ahli sufi yang besar besar. maka pertanyaan itu timbul daripada kedangkalan fahamannya. orang yang seperti ini masih jahil dan belum layak untuk memahami perkara2 yang dalam2, maka soalan2 yang seperti ini tidak perlu di jawab. >>Rasulullah SAW bersabda; "Kami para nabi disuruh mempercakapi sekalian manusia mengikt kadar akal mereka"<<
iv- kejahilan yang boleh di ubati ialah kejahilan pada seseorang yang benar2 mencari petunjuk dan ia mempunyai akal yang baik dan cepat memahami sesuatu masalah. ia bukan di pengaruhi oleh sifat2 jahat dan ia adalah benar2 mencari jalan yang lurus...
LEAVE 2>> Hendaklah engkau merasa takut bila menjadi seorang yang suka memberi nasihat atau memperingatkan orang lain kerana pekerjaan ini banyak mengandungi penyakit, kecuali engkau sudah dapat mengamalkan dengan apa yang engkau katakan maka tidak mengapa engkau menasihati orang lain. tetapi apabila keadaan memaksakan engkau menjadi penasihat maka hendaklah engkau menjauhkan dirimu daripada 2 perkara:
i- jangan engkau menggunakan bahasa yang payah2 dalam perkataanmu, seperti engkau suka menggunakan ibarat-ibarat dan isyarat-isyarat ahli sufi dan bahasa-bahasa mereka yang indah kerana Allah Taala itu benci kepada orang yang memaksa-maksa dirinya. orang2 yang suka memaksa-maksa dirinya itu selalunya melampaui batas. di man hal ini menunjukkan atas batin yang rosak dan hati yang lupa.
ii- janganlah hendaknya niatmu dalam memberi nasihat itu supaya makhluk banyak berhimpun di dalam majlismu atau supaya mereka menunjukkan perasaan yang sangat kagum dengan kebolehanmu.
too much to type, do find the book and read it for more. ;)
last but not least:
RASULULLAH SAW. ada bersabda: Ertinya, "sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa tubuhmu dan bukan pula kepada amalanmu, tetapi ia memandang kepada hati dan niatmu".
renung2kan dan selamat beramal!! **wink2**
No comments:
Post a Comment